Slot Usahawan: Sembang Santai Bersama Usahawan Kpg Semop (Stream Yard Live Streaming)

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2020 yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah mengadakan Slot Usahawan iaitu Sembang Santai Bersama Usahawan Kampung Semop menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. Oleh itu, Pusat Internet Komuniti Semop telah menjemput saudari Puan Ilyar Shamemee binti Abdullah atau lebih mesra dipanggil Puan Ilyar di mana beliau merupakan usahawan produk kecantikan Birdnest (BNE) dan beliau mempromosikan produk yang dijual sejak awal tahun 2020 lalu. Beliau merupakan stokis Birdnest (BNE) dalam kawasan Pulau Bruit, Daro. Selain itu, slot ini berlangsung selama 1 jam sahaja bermula jam 3.00 – 4.00 petang dan bertempat di Pusat Internet Komuniti Semop. Disamping itu, Puan Ilyar juga telah berniaga secara atas talian selama 2 tahun dan memulakan jualan untuk produk Birdnest (BNE) sejak awal tahun 2020 yang lalu dan mempromosi melalui Whatsapp dan facebook pages.

Stream Yard Live Streaming Studio merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali sekiranya kita tidak memadam content di dalam media sosial kita.

Kami di Pusat Internet Komuniti Semop menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot usahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniaagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet Komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali